Popular Post

Posted by : Qifwhysoserious Monday 11 February 2013



Penggodam dengan nama  'Fitrianta Cahya' dihukum lapan tahun penjara oleh Hakim Mahkamah Daerah Jakarta Barat atas kesalahan menggondam ke dalam banyak laman sesawang ekonomi untuk mencuri wang dan membiayai kumpulan pengganas.

Beliau juga diperintahkan untuk membayar Rp 500 juta ($ 51.000) denda. Dia didakwa atas kesalahan menceroboh banyak laman sesawang, menjalankan penipuan dalam talian bernilai berbilion-bilion dolar dan memberi dana wang untuk latihan pengganas di Poso, Sulawesi Tengah.


Fitrianta Cahya telah ditangkap pada Mei tahun lepas di hotel Bandung. Defendan, bersama-sama dengan lelaki lain, Gunawan Kiong. Pada bulan Mei Gunawan Kiong ditangkap polis,atas tuduhan menggodam laman sesawang firma pemasaran dengan niat untuk mencuri wang bagi membiayai latihan militan.

Mereka berdua dituduh menyalurkan wang kepada suspek pengganas yang bernama Umar Patek, yang dijatuhi hukuman penjara 20 tahun pada tahun ini bagi peranannya dalam pengeboman Bali 2002.

"Selain daripada terlibat dalam konspirasi penganas, defendan juga telah didapati bersalah atas pengubahan wang haram, yang mana beliau perolehi daripada penggodaman laman sesawang www.speedline.com dan hasilnya digunakan untuk membiayai latihan ketenteraan di Poso"

Sumber dari KenaHack

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -