Popular Post

Posted by : Qifwhysoserious Monday 11 February 2013


Salah satu laman milik kerajaan Malaysia iaitu kehakiman.gov.my telah digodam oleh Sofea Hana.Seperti biasa penggodam terbabit meninggalkan jejak dengan melakukan defacement keatas laman sesawang tersebut dan beberapa tuntutan dapat dilihat.




 Assalamualaikum. Kami selaku rakyat Malaysia memohon agar pihak kerajaan Malaysia sekarang ini menyumbangkan sedikit masa untuk membaca dan meneliti memo di bawah.
1. Tetapkan pemakaian artis agar tidak terlalu menonjol

2. Membuka lebih banyk peluang pekerjaan untuk belia

3.    Mohon dikaji semula umur bersara untuk memberi peluang pekerjaan kepada golongan muda lepasan IPT.

4. Mohon turunkan kadar cukai

5. Mohon turunkan/hapuskan caj yg xmunasabah

6. Mohon dikaji smula pendidikan negara yg terlalu berorientasikan peperiksaan.

7. Mohon Perdana Menteri melepaskan jawatan demi masa depan negara.

8. Mohon diberikan biasasiswa kepada pelajar yang cemerlang tanpa mengira latar belakang.

9. Mohon kembalikan hak rakyat.

10. Mohon menangkap pemimpin rasuah dengan segera.

11. Mohon debat antara pemimpin berlainan parti 2 bulan sekali untuk menunjukkan kematangan pemimpin.

12. Mohon hentikan penggunaan porno dan fitnah yg melampaui logik akal ketika berkempen atau ketika ingin menjatuhkan parti lawan kerana ia boleh memalukan diri sendiri,

13. Mohon salah satu negeri di Malaysia dibenarkan untuk melaksanakan hukum hudud agar dapat dijadikan contoh kepada negeri2 lain.

14. Mohon siasat setiap kekayaan melampau setiap menteri.

15. Mohon kerajaan masuk campur dalam isu harga rumah yang melambung tinggi sebelum terlambat dan jadi macam spain, portugal dan greece.

16. Mohon undi yang bersih

17. Mohon Bil Pembentungan Indah water dihapuskan

18. Mohon pendidikan percuma untuk rakyat

19. Mohon hukum Islam dilaksanakan secara keseluruhan dan tidak liberal.

20. Mohon dihukum mana2 kaum yang rasict.

21. Mohon royalti diserahkan kepada rakyat Kelantan dan Terenganu,bukan Wang Ihsan

22. Mohon media yang adil.

23. Mohon jadikan Malaysia negara yang betul2 mengamalkan demokrasi,bukan demokrasi yang hanya pada nama.

24. Mohon pemimpin bertaubat

25. Mohon pemimpin yang bersalah mengaku akan kesalahannya.

26. Mohon isteri para pemimpin memakai tudung supaya dapat menjadi contoh kepada rakyat.

27. Mohon pemimpin mengamalkan cara hidup islam.

28. Mohon bangunan usang di setiap bandar dicat semula untuk mewujudkan suasana ceria.

29. Mohon harga barang keperluan diturunkan kerana ia begitu membebankan pengguna.

30. Mohon segala skim 1Malaysia dihapuskan. Kami mahu bantuan sebenar,bukan gula2.

31. Mohon menurunkan harga perkhidmatan internet serendah negara-negara maju yang lain.

32. Mohon memperketatkan syarat kemasukan pekerja asing ke dalam negara.

33. Mohon hentikan penyalahgunaan media untuk kepentingan peribadi dan politik melampau.

34. Mohon memberi bantuan dari segi kewangan atau lain-lain bantuan kepada mana2 organisasi yang ingin mengadakan program Ilmiah dan keagamaan.

35. Mohon meningkatkan sistem pengangkutan awam untuk keselesaan rakyat.

36. Mohon mengasingkan tempat duduk antara lelaki dan perempuan ketika mengadakan persembahan hiburan.

37. Mohon menjadikan Al-Quran dan Hadis sebagai perlembagaan



Semakin hari semakin banyak laman sesawang terutamanya milik kerajaan Malaysia yang telah digodam.Adakah pihak yang berkaitan terlepas pandangan akan soal isu ini atau pun tidak mengendahkan permasalahan yang timbul sehinggakan begitu mudah laman - laman ini di manipulasi oleh pihak tertentu.
Mohon pentadbir yang mengendalikan laman - laman ini dan terutamanya yang mengendalikan laman - laman yang berhubung terus dengan penyimpanan data pengguna akan mengetatkan lagi tahap sekuriti mereka.

Sumber dari KenaHack

{ 10 comments... read them below or Comment }

- Copyright © - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -