- Back to Home »
- HackingNews »
- RED BEAN HACKER! ‘tentera siber’ yang ditaja oleh DAP?
Posted by : Qifwhysoserious
Thursday, 2 May 2013
Seperti biasa, ketika kami mencari info terbaru untuk disajikan kepada pembaca pembaca di gilerhackers, kami tertarik dengan status biswardi bin mohammad di fanpage beliau .
kami terus menrujuk kepada pautan blog beliau berkenaan 1 artikel bertajuk DAP Songlap Wang Negeri Untuk Taja Red Bean Army. pada artikel tersebut beliau mendakawa RED Bean Army adalah sekumpulan ‘tentera siber’ yang ditaja oleh DAP difahamkan telah wujud sejak 4-6 tahun lepas.
Kekuatan mereka dianggarkan berada dalam jumlah 2000 hingga 3000 dan didarabkan dengan 10 hingga 20 jumlah capaian ke internet (Facebook, twitter, email, komen, dll) iaitu sekitar 60,000.Kekuatan ini akan secara semulajadi digandakan sekiranya rakyat yang terpedaya turut ‘menyambung’ kerja mereka melalui media sosial.
Pejabat Operasi utama Red Bean Army ialah di Bangunan Komtar, Pulau Pinang dan satu lagi di Hotel Concorde Kuala Lumpur. Bayaran bagi setiap seorang dari mereka secara puratanya ialah RM3000-RM8000.
Diantara tugas tugas yang dilakukan oleh kumpulan penggodam Red Bean:
Menyerang laman web pro-kerajaan,
Menyerang laman-laman sosial aktivis yang pro-kerajaan,
Menyebarkan bahan untuk memburukkan kerajaan,
Mematahkan komen-komen pro-kerajaan di media alternatif,
Menghalang penjelasan kerajaan dari sampai kepada rakyat melalui internet,
Mengganggu apa saja program yang dilihat mampu memberi kredit kepada kerajaan,
Menyebarkan maklumat yang memberi kredit kepada DAP anda boleh membaca artikel lengkap beliau disini
Artikel berkenaan Red Bean Army kali ini menarik perhatian kami untuk mengkaji secara lebih terperinci,Sepanjang perjalanan kami lebih kurang 4 tahun mengikuti perkembangan siber di malaysia,Tidak pernah lagi kami dengar berkaitan kumpulan Red Bean Army ini, kami juga cuba meninjau dibeberapa forum forum black hat yang popular, tetapi masih juga tidak mendapat apa apa info berkaitan Red Bean Army ini.
Selain membuat kajian di forum forum, ada juga kami menyemak pada laman Mirror - Mirror yang popular,dan cuba mencari info berkaitan Red Bean Hacker ini dengan menggunakan beberapa keyword popular di google, sekali lagi kami tidak menjumpai apa apa info berkenaan Red Bean Army.
Apa yang menjadi satu persoalan misteri bagi kami adalah, benarkah kumpulan penggodam Red Bean hacker ini wujud atau sekadar Mitos semata mata?. Atau mungking juga Red Bean Ini lebih suka melakukan kerja kerja secara Underground seperti Anonymous mungkin? atau Lulzsec?
Sumber dari GilerHackers