Popular Post

Posted by : Qifwhysoserious Monday 22 April 2013




SQL (disebut "ees-kue-el") membawa maksud Structured Query Language. SQL digunakan untuk melakukan perhubungan dengan pangkalan data. Berdasarkan kepada ANSI (American National Standard Institute), ia merupakan bahasa pengaturcaraan piawai untuk melakukan perhubungan dan komunikasi menerusi pengurusan sistem pangkalan data.

Penyata SQL digunakan untuk melakukan tugasan seperti mengemas kini data dalam pangkalan data, atau memanggil data-data daripadanya. Beberapa jenis pangkalan data yang sering digunakan adalah seperti Oracle, Sybase, Microsoft SQL Server, Access dan Ingres.

Kebanyakan sistem pada hari ini menggunakan SQL sebagai alatan untuk menyimpan data dan maklumat namun setiap satunya mungkin mempunyai sambungan fungsi yang berlainan bergantung kepada keperluan. Setiap sambungan fungsi ini dipanggil dan dilaksanakan dengan penyata SQL tertentu.

Namun penyata yang sering dan biasa digunakan adalah seperti "SELECT", "INSERT", "UPDATE", "DELETE", "CREATE" dan "DROP". Penyata-penyata ini membolehkan kebanyakan tugasan dilakukan kepada pangkalan data.

Dalam tutorial SQL, anda akan didedahkan kepada cara penggunaan, penyata SQL dan langkah-langkah untuk mengadaptasi setiap kod aturcara bagi mencapai data-data daripada pangkalan data.

Apa itu SQL

SQL adalah akronim untuk Strcutured Query Language
SQL membenarkan anda mencapai pangkalan data.
SQL adalah ANSI standard.

Apa yang SQL boleh lakukan?

SQL boleh memproses arahan terdapat pangkalan data
SQL boleh mengambil data dari pangkalan data
SQL boleh memasukkan data ke dalam pangkalan data
SQL boleh mengubah data dalam pangkalan data
SQL boleh memadam data dalam pangkalan data
SQL boleh membuat pangkalan data yang baru
SQL boleh membuat jadual baru dalam pangkalan data.
SQL boleh menyimpan set-set arahan dalam pangkalan data.
SQL boleh membuat 'view' untuk pangkalan data.
SQL boleh membenarkan sebahagian pengguna sahaja yang dapat melihat pangkalan data.

SQL dan Laman Web Anda

Untuk membina laman web yang mempunyai pangkalan data, anda memerlukan RDBMS seperti (Ms Access, SQL Server, MySQL)
Bahasa pengaturcaraan seperti PHP dan ASP
SQL
HTML/CSS

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -