- Back to Home »
- HackingNews »
- Virus Flame Mempunyai Code Yang Sama Dengan Stuxnet
Posted by : Qifwhysoserious
Monday, 7 January 2013
Virus Flame yang dikatakan sebagai virus paling berbahaya pada hari ini mempunyai sedikit persamaan dengan code virus Stuxnet menurut dua pengendali antivirus popular iaitu Kaspersky dan Symantec.
Penyelidikan terbaru percaya bahawa Flame merupakan ciptaan pakar keselamatan yang merupakan milik Amerika Syarikat. Virus Flame walaubagaimanapun tidaklah berbahaya kepada pengguna komputer di seluruh dunia kerana virus Flame hanyalah diprogramkan untuk mengintip negara tertentu iaitu Israel, Iran, Palestin dan Sudan.
Virus Flame yang merupakan juga virus paling kompleks pernah ditemui dikatakan 20 kali ganda lebih berbahaya daripada virus Stuxnet.
Antara kemampuan yang boleh virus Flame lakukan :
Dapat mengambil semua data yang disimpan oleh komputer apabila telah dijangkiti.
Dapat melihat sepenuhnya aktiviti yang dijalankan oleh sesebuah komputer dengan cara mengambil gambar screen, merakam semua aktiviti keyboard dan sebagainya.
Dapat mengaktifkan sistem audio komputer, microfon dan mampu untuk mencuri dengar segala berbualan pengguna komputer.
Menurut Kaspersky, virus Flame dicipta oleh dua kumpulan pakar komputer berasingan di Amerika tetapi bekerjasama dalam pembinaan code. Amerika tidak memberikan komen diatas laporan media berkenaan sebaliknya menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat bagaimana projek yang diklasifikasikan sebagai projek terbesar Amerika tersebut boleh dibocorkan.