Popular Post

Posted by : Qifwhysoserious Monday, 7 January 2013



Ya lah dengan sekarang ahli-ahli politik sibuk dengan ceramah dan manifesto tambahan , mungkin bahang PilihanRaya Umum kian terasa. Kami pun belum cukup umur nak mengundi.. Artikel kali ini berkaitan sistem salah satu parti politik utama negara Malaysia tercinta ini iaitu UMNO yang merupakan komponen penting dalam Barisan Nasional.

Terbaru kami menerima satu maklumat melalui email yang menjerumus kepada penulisan artikel ini. Menurut pelapor yang ingin dikenali sebagai politikus , beliau berjaya menceroboh sistem yang digunakan pihak UMNO yang berpangkalan di Semenanjung Malaysia ini. Tambahnya lagi , aktiviti pencerobohan ini dilakukan bukan untuk menyatakan yang dirinya penyokong tegar pihak pembangkang.


Kami difahamkan melalui email , data yang berjaya diceroboh bersaiz lebih 30GB telah dimuatturun dan turut diisi dengan maklumat ahli UMNO itu sendiri. Hasil tilikan melalui fungsi zum meyakinkan lagi fahaman Kami bahawa maklumat kesemua ahli UMNO termasuk Presidennya YAB Datuk Seri Najib Tun Razak ( Perdana Menteri Malaysia ) turut berada dalam sistem tersebut.

Disamping beberapa keping gambar , turut diselitkan ialah config file bagi keseluruhan sistem. Kami yang kurang berpengetahuan dengan jenis config tersebut cuba buat-buat faham dengan beberapa maklumat iaitu beberapa nama PC dan Printer yang terdapat dalam pejabat tersebut. Mungkin Politikus ingin menggambarkan bahawa beliau telah berjaya menguasai keseluruhan sistem di pejabat tersebut.


Bukti ini dikuatkan lagi dengan akses ke sistem tersebut tidak dapat dilayari buat masa sekarang. Mungkin pihak pentadbir telah menyedari akan masalah pada sistem tersebut. Motif pencerobohan dijelaskan oleh Politikus bahawa ianya bukan disebabkan fahaman politik dan turut menyatakan akan berusaha menceroboh sistem parti pembangkang seperti PAS dan juga PKR.

Antara gambar yang berkaitan dengan artikel ini :

1 - Beberapa maklumat yg dipercayai milik ahli UMNO di seluruh Malaysia.



2 - Maklumat Presiden UMNO ( Perdana Menteri ) turut berada dalam data yang sama.


3 - Antara data yang tersenarai.





 4 - Saiz data yang melebihi 30 GB


5 - Email pelapor kpd KH


Antara configuration file yang diberikan :
1.  http://pastebin.com/S6sD2WRt

Artikel ini di ambil dari kenahack

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -