- Back to Home »
- HackingNews »
- Linkedin Mengakui Data Mereka Digodam
Posted by : Qifwhysoserious
Monday, 7 January 2013
LinkedIn mengakui bahawa data mereka telah diserang oleh penggodam dan menyatakan supaya pengguna LinkedIn mengubah kata laluan mereka kerana penggodam turut mendapat email dan kata laluan pengguna LinkedIn. LinkedIn dalam blog mereka menyatakan bahawa mereka masih menyiasat perkara tersebut dengan lebih terperinci. LinkedIn turut mengambil tindakan untuk menghantar email kepada 6.5 juta pengguna terbabit mereka supaya menukar kata laluan mereka di LinkedIn dan laman web lain yang menggunakan kata laluan yang sama.
Dipercayai bahawa penggodam yang menyerang LinkedIn telah mempunyai akses ke atas laman web tersebut beberapa hari sebelum mereka menyedari hal tersebut berdasarkan daripada jumlah maklumat yang telah dicuri. Maklumat mengenai pencerobohan ini hanya disedari apabila data tersebut telah dikongsikan di dalam satu forum hacking Rusia.