Popular Post

Posted by : Qifwhysoserious Monday, 7 January 2013




Seorang hacker yang bernama Gu Kaiyuan dikatakan sedang aktif menyerang laman web negara India dan juga aktivis Tibet. Gu Kaiyun merupakan seorang penuntut di sebuah universiti di China yang mendapat sokongan kewangan daripada kerajaan dan sedang bekerja di Tecent(syarikat Internet China).


Bercakap kepada media, ketua – Technical Services (India & SAARC) Trend Micro, Mr. Baburaj Varma berkata, "Kami mampu mengesan unsur-unsur serangan dan ianya berpangkalan dari China" . Varma juga menambah "Yang menjadi mangsa serangan, termasuk pertubuhan-pertubuhan penyelidikan ketenteraan India dan syarikat-syarikat perkapalan, selain syarikat aeroangkasa, tenaga dan kejuruteraan di Jepun."


Pada hari Khamis, apabila ditanya mengenai serangan itu, Gu Kaiyuan berkata, "Saya tidak mempunyai apa-apa untuk berkata." Pada hari Jumaat, bagaimanapun, beliau menafikan penglibatan dalam aktiviti tersebut. Dalam mesej yang dipaparkan di Weibo, Gu Kaiyuan berkata: "Nombor QQ yang berkaitan dengan server kawalan penggodam milik kepada rakan sekelas saya, bukan saya. Saya telah tidak mengambil bahagian dalam mana-mana hacking"


Kebanyakan pihak memberi pandangan, serangan ini adalah didalangi pihak kerajaan China sendiri.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

- Copyright © - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -