- Back to Home »
- HackingNews »
- Gaysec Kembali
Posted by : Qifwhysoserious
Monday, 7 January 2013
Kami telah diberitahu dimana GaySec telah kembali dengan pelbagai cara untuk menyebarkan keselamatan tentang dunia keselamatan siber ini . Nama GaySec dipilih kerana perkataan " GAY " yang membawa maksud Happy atau Gembira dalam bahasa Melayu. Bagi mereka, gembira bagi mereka adalah gembira bagi semua pihak kerana apa yang mereka lakukan adalah untuk mengubah masa depan tahap keselamatan siber di Malaysia .
GaySec yang bergerak secara dua orang . Mereka menyepi beberapa bulan kerana terpaksa menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) dan selepas keputusan SPM telah di umumkan, kini masanya untuk mereka kembali beraksi . GaySec juga membuat kritikal dimana, terdapat banyak kumpulan pengodam yang muncul semasa mereka senyap seketika dan kumpulan pengodam tersebut hanya mahukan populariti serta nama dalam dunia siber ini .
Mereka akan lebih berjemah memberi pendedahan maklumat atau pengkalan data sesebuah laman sesawang atau sesuatu sistem ini kerana mereka telah sedar semestinya ada pihak yang tidak akan berpuas hati dengan membuat gangguan keatas sistem atau data beliau kepada umum . GaySec memaklumkan niat mereka adalah untuk menyedarkan rakyat mengenai keselamatan siber di negara ini daripada di tindas oleh pihak luar jika mereka masih peka dan juga lena tentang keselamatan negara sendiri .